Pages

Friday, October 12, 2012

Pembuka Pintu Rezeki..

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•ASSALAMUALAIKUM•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaMU ya Allah...memberi peluang untukku bernafas lagi untuk sujud padaMU di hari yang penuh barakah ini..penghulu segala hari..

Seperti biasa..selesai solat subuh aku capai surat cinta dari NYA...Surah yang tidak pernah ku tinggal selepas solat subuh ialah surah al-waqiah dan surah Maryam ayat 1-10...

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

cuba la korang amalkan...Insyaallah kita dapat keberkatannya..apa yang penting mesti yakin dan berserah padanya..

۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩
AYAT SERIBU DINAR

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai‘Ayat 1000 Dinar’ ....



ayat ni aku amalkan selepas solat...ayat ni jadi hiasan kat dinding rumah aku..kat tempat solat..memang kalau solat mengadap frame ayat ni....seingat aku masa tu aku tingkatan 6..masa tu aku ambik sijil tinggi agama kat kulliah pekan..tiap kali lepas solat aku mesti dengar senior aku baca...aku pun hafal gak:-).huhu lambat gak la hafalnya..xde kesedaran lagi sebelum tu..

rupa-rupanya besar fadhilatnya...

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluardari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lutdengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Tetapi mesti amalkan secara beristiqamah. Jangan kadang-kandang baca kadang-kandang tak..




۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩
Jom solat dhuha...
ALHAMDULILLAH aku masih lagi setia dengan solat sunat ni...selama aku tak bekerja, duk kat rumah je aku tak pernah tinggal..kalau kita selalu amalkan..mesti rasa lain kalau tak buat. macam solat 5 waktu juga la..tapi kalau dah pegi jalan2 tak buat juga..:-)..nama pun sunat kan..tak buat pun takpe..tapi kalau aku tak kemana-mana aku mesti buat kat rumah..
Serius aku cakap..dulu aku susah nak buat solat dhuha ni..masa tu lepas habis study ..seminggu aku duduk rumah..bangun pagi lepas subuh terus bukak tv..sarapan mak dah siapkan..mak abah balik noreh pukul 10.30 aku masih depan tv..satu hari abah tegur..'dik..ace buat solat dhuha..mintak dmurahkan rezeki cepat dapat keje..ni duk mengadap tv je..'huhuhu..tersentap gak la..betul gak cakap abah..dengan pantasnye aku ambik buku solat sunat study semula tntng solat dhuha..hihi..kalau tak amalkan memang lupa..
Esoknya aku start solat..............
ALHAMDULILLAH..lepas aku amalkan ayat seribu dinar dan solat dhuha rezeki datang tak disangka2....walaupun ada kalanya aku diuji juga..tapi tu tanda Allah sayang..kerja kita berusaha n berdoa jela..

kita kan selalu baca..........

Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ...

^_^

WAKTU AFDAL SOLAT DHUHA..

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
aku biasa buat dalam pukul 9.30-10.00...masa tu matahari tengah terik..


Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


Bacaan dalam solat dhuha....
Rakaat pertama lepas surah al-Fatihah tu baca la surah al-syams..kalau tak hafal baca je surah al-Kafirun takpun ayat kursi..ni saya ada baca dalam buku tau..saya baca surah al-kafirun je..:-)

Rakaat ke 2..surah al-dhuha..jgn lupa al-fatihah dulu..hehe...pastu dalam sujud terakhir baca la ni..


kalau tak hafal niat la n doala apa2 pun supaya dimurahkan rezeki..
lepas salam...baca doa ni
maksudnya,,
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”......

kalau tak hafal b.arab hafal la maksudnya...buatla mana yang termampu...

INGAT! yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

゜Y⌒Y。+゚☆゚+。Y⌒Y゜♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

Wednesday, October 10, 2012

Anugerah Allah

✿.。.:* ASSALAMUALAIKUM*.:。.✿
selamat petang!!..time tido yg sangat best..hehe

Selamat bekerja pada sesiapa yang sedang bekerja..saya masih lagi tak bekerja..syok duk umah..hehe..tapi booosaaaan gak kadang2..tapi aku saya kira beruntung gak la umah mak mertua dekat je.jalan kaki pun boleh..kalau bosan pegi besembang dengan mak ..mak pun jadi babysitter je kat umah.jaga 3 orang anak cikgu..pastu makan tengahari terus je kat sana..hehe..terukkan..^__^

Saya dah tau dah time budak2 tu bangun tido pukul berapa..pukul 10.30 je saya pegi la umah mak.diorg baru bangun tido pastu dah kenyang minum susu..ha..time ni la syok melayan diorang. masing2 dah kenyang mood pun baik..

yang ni 2 beradik..syafi n amni..ore klate ni...kecek klate sokmo..haha..suami saya suka sangat melayan syafi becakap....yang si amni pun boleh tahan dah mulutnye..baru dapat kaki..asyik nak bejalan je..nak bagi makan pun bekejar 1 umah..





 ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


ha...yang si kecik ni..namanye Muhammad Nuh Wajdi..anak cikgu gak..sama sekolah dengan saya..dia ni kalau tido lama sikit sebab tido buai..kuat minum susu ni..kalau dah kenyang bkn main aktifnye..dah pandai borak..bile gelak terngaga2 mulut die..cumel!...geram!...





nanti kalau dah posting tak dapat la nak main dengan diorang..╯︵╰


Pasta Goreng Simple..^__^

10 oktober 2012..aku masih lagi melepak kat umah...hampir 3 bulan dah dduk sesaje kat rumah..

hari ni lepas hantar abg pegi keje (hantar depan pintu aje.hehe)..aku pun mengemas rumah..siap kemas pikir nak sarapan apa..semalam sarapan mihun. beli kt depan umah aje. hari ni tak kan nak beli lagi..ermm..pegi dapur tengok apa yang ada..pasta??..yezz..kena rajinkan diri..apa lagi..masak la.. ..hihi

BAHAN-BAHAN:

-PASTA
-DAGING CINCANG
-CARROT (potong dadu)
-BAWANG MERAH (hiris boleh..tumbuk pun boleh)
-BAWANG PUTIH (tumbuk)
-CILI KISAR
-SOS TIRAM
-SOS CILI
-KICAP
-GARAM SECUKUP RASA..

*bahan-bahan lain boleh ditambah ikut cita rasa sendiri la..*sukatan bahan tu ikut masing2 la..^__^..


Bersihkan carrot dan potong dadu. Rebus pasta sampai empuk dan pastu toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi , kacau sampai wangi . Masukkan clil kisar , sos tiram, sos cili dan kacau bila cili dah masak boleh la dimasukkan daging cincang . Kacau semua bahan , bila daging dah masak boleh la dimasukkan carrot pastu kacau . Bila carrot separuh masak boleh la dimasukkan semua pasta dan kicap. kacau semua bahan. Jika kurang masin baru la ditambah garam...

ok..senang x?..saya masak campak2 aje...

ini la hasilnye...masak tuk makan sorang je...suami keje..:-)



Monday, October 8, 2012

Menu Malam Ni.. ̄▽ ̄

My hobby is MAKAN!..hehe..macam tak caya je aku leh tembam macam ni..

malam ni masak simple aje..tapi sedap la kot.(pasan je lebih..tah2 xsedap..hehe)..suami makan je apa aku masak..dia kena cakap sedap..kalau cakap tak sedap alamatnya dia kena masak sendiri la..hihihi..

resepi malam ni...Ayam Bakar Sunquick! 

bahan2nya.........................
-sunquick
-blackpapper (tumbuk)
-madu
-halia (tumbuk)
-garam



campur semua bahan pastu perap...:-)

pastu BAKAR LA...i bakar dalam oven je..x kuasa la i nk idupkan api semata2 nak bkar 3 ketul ayam..huhu..

ini resepi saya ambik dalam blog orang gak..hehe..



ini la hasilnya..dah selamat masuk dalam perut pun.. ̄▽ ̄

Rahmat Disebalik Dugaan dan Ujian

Musibah yang menimpa kita merupakan cubaan daripada Allah. Allah SWT berfirman : “ Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yag ada di atasnya menjadi tanah rata dan tandus.” ( Al-Khafi: 7-8 ). 



Ujian seperti terkena penyakit dan kemalangan bermaksud untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. ( HR Muttafaq alaih ). Sabdanya lagi : “Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kamu Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmizi) 


Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mangucapkan kata-kata yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan iman seperti mengatakan Allah itu zalim kepadanya dan sebagainya. Ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat zalim. Allah ialah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mangambilnya kembali dan Dialah yang berhak menuntut dari perbuatan hambanya. Rasulullah SAW bersabda: “ Tidaklah termasuk golonganku orang-orang yang memukul pipinya dan mengoyak-ngoyak bajunya serta memekik-mekik sebagaimana yang dilakukan oleh Jahiliyah.” (HR Bukhari & Muslim).


Umar bin Abdul Aziz berkata : “tiada ada sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya.”.


INGATLAH 

dugaan yang menimpa, lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT







Friday, October 5, 2012

La Tahzan (╯︵╰,)

Biar keperitan itu pergi agar kemanisan mengisi. Biar kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai. Biar kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat. Biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula. Biar diri ini derita agar aku tahu keperitan derita ini. agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan secebis dari penderitaan RASULULLAH saw. Tuhan tidak sekali-kali menzalimi hambanya tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Cahaya kelam pahala dosa berupaya memilihnya. Walau kadang  kala tersasar lantaran pautan nafsu. Namun peluang dariNYA sentiasa ada. Namun kasih sayang dariNYA sentiasa memayungi. Diturunkan AD-DIN memperhalusi akal. Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak. Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti. menjadikan sebaik-baik ummat. tunduk sebagai hamba, berjalan sebagai khalifah. Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata 'iman'. menyemai sepohon 'taqwa'. agar dapat berteduh dari kepanasan 'nafsu' agar dapat berlindung dari angin hasutan 'syaitan' dalam mencari KEREDHAAN ALLAH SWT.


JANGAN BERSEDIH...
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan..
Hebat tanda kasihNYA..
Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka..
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah..
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..



SESUNGGUHNYA...


Dalam hidup kita ni banyak ujian dan dugaan yang kita perlu tempuh..Kadang-kadang ujian tu berat, ada ujian yang ringan, tapi kita mesti lalui semua tu..orang kata masalah yang kita pernah lalui tu mematangkan kita. Makin banyak cabaran dan dugaan semakin banyak pengalaman kita dapat..

Setiap orang ada masalah tersendiri..Kita rasa macam kita susah nk hadapi masalah yang kita dapat..sedangkan orang lain lagi berat masalah dia tanggung..Kadang-kadang kita lupa nak bersyukur bila kita dpt selesaikan masalah..

Kita kena ingat..seberat mana ujian yang kita hadapi..kita tetap ada Allah ..mohon petunjuk dariNya.. 


INGATAN BUAT DIRIKU..Siti Nur Bai'yah Husin
setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya..

YA ALLAH...JADIKANLAH AKU PENYABAR DAN BERSABAR DENGAN SETIAP DUGAANMU..





Friday, September 28, 2012

My Birthday Present


HADIAH ISTIMEWA UNTUKKU..



yang ni dah dapat sebulan awal...suke!..dah lama nak pakai camera ..dari zaman belajar dulu lagi tp sayang duit nak beli.dah keje pun pikir dua tiga laki nak beli. last2 ada juga yang hadiahkan..thanks abg! 




ini hadiah boleh ditelan..hehe..my favorite!!..kek..kak aising mcm ni sorg2 saya leh habiskan..thnks 2 abg gak!




fuyoo...LANCOME MIRACLE!..by munif hijjaz pun ok la..abg bg ape pun ayg terima..time ksh!


kau hadiah terindah dalam hidupku..









Wednesday, September 26, 2012

Catatan KelahiranKu ✿ ♥‿♥



Genap usiaku 27 tahun..cepat betul masa berlalu. rasanye baru lepas dapat ucapan hari lahir yg ke 26..hehe..
Syukur yang tak terhingga pada Mu Ya Allah..dikurniakan segala rezeki dan nikmat. mak abah dan mertua yang masih sihat, suami selalu disisi, keluarga yg bahagia, badan yg sihat, pekerjaan yang baik,(blom posting ◕‿◕)..rumah yg selesa..alhamdulillah..

Satu lagi rezeki dan nikmat yang belumku dapat....NIKMAT MENJADI IBU...dulu aku pernah cakap."umur 27 mesti ada anak"..ermm..sesungguhnya kita hanya boleh merancang tapi hanya Allah yang boleh menentukan..aku redha dan masih terus berdoa..moga nikmat itu aku miliki bersama suamiku..



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..




Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. 
Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa.














Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Ya Allah..
Tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku,
Jadikan cahaya mu yang bersinar  jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu
Ya Allah..
Engkau tidak mensia-siakan usahaku,
Mencari haruman syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi.

AMIN....  

my besday kek ... En suamiku yg beli kan..time ksh abg...



(TERIMA KASIH PADA SUAMI SEBAB JADI ORANG PERTAMA YANG WISH..SAYANG ABANG DUNIA AKHIRAT
PADA KAWAN-KAWAN YANG WISH..TQ BANYAK2..MOGA KALIAN DIBERKATI ALLAH SELALU..)


Tuesday, September 25, 2012

Doa Ku..◕‿◕✿




Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Ya Allah..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbi Allamin.. ❤‿❤

Thursday, September 20, 2012

Hubungan Kita Dengan Sang Pencipta

Hati manusia dimiliki oleh Allah dan pada Allahlah kita patut berserah diri supaya sentiasa menerima hidayah daripada Allah dan redhanya. Ingat!..tanpa bantuan Allah kita tidak akan kemana-mana..

Apa yang penting ..kita perlu sentiasa menguatkan tali ikatan kita pada Sang Pencipta, sentiasa bersangka baik pada Allah dan sentiasa mengigati semua perintahnya dengan;
  1. Sentiasa memperbaharui 2 kalimah syahadah.
  2. Jaga solat 5 waktu..sebagai penghubung kepada Allah
  3. Banyakkan solat sunat seperti Dhuha,Taubat, Tahajud dan Witir..
  4. Membaca Al-Quran dan maksudnya. Ia jawapan bagi segala rahsia dan penawar segala penyakit.
  5. Perbanyakkan puasa sunat.
  6. Berkumpul dengan orang-orang soleh. bersahabat dengan mereka..
  7. Selalu berzikir, basahi lidah dengan berzikir supaya dapat membersihkan jiwa.
  8. Banyakkan bersedekah selain daripada berzakat supaya membersihkan jiwa dan harta.
  9. Memahami dan ingat nama-nama Allah melalui Asma ul Husna.
  10. Bermuhasabah diri dan sentiasa mengingati mati.

Dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama kita dan menyokong kita dalam semua urusan......

Dari nombor 1 sampai 10..yang mana kita buat..selalu buat..tak buat langsung kadang -kadang je buat...jom muhasabah diri..jangan kita jadi manusia yang sombong dengan Allah...ini pun peringatan untuk diri saya juga ^__^

Saya pernah pesan pada anak-anak murid saya "Allah sangat suka pada hamba yang selalu meminta-minta, memohon dan merintih padanNYA...TAPI manusia tidak suka orang yang meminta-minta..(lebih kurang gitu la ayatnye.hehe)..so..kita mintak la pada Allah..berdoa selalu. sebab doa tu senjata orang mukmin..


OK..renung-renungkan..selamat beramal!!..

Wednesday, September 19, 2012

Sambal Goreng Jawa VS Sambal Goreng Tempoyak..

nyum..nyum..bila nak cite pasal makan ni kecur air liur..huhu..dah seminggu dah selsema..tapi selera tetap ada, alhamdulillah.. virus selsema yang dibawa dari suami ku..tula..sehati sejiwa sangat. sorang sakit, dua2 sakit...takpe. SAKIT TU KAFARAH DOSA..

sebelum balik johor ari tu dah kena selsema. masa kat sana rasa ok sikit. makan tak berenti2..macam2 mak cik kat sana masak. bakar burung puyuh la, udang, ikan,..makan kenduri lagi..makan je kejenye...bak kata mak atok tu.."baiyah....mentong!haha..bahasa jawa yang petama aku belajo..MENTONG! maksudnya makan kali ke 2... 

kalau balik johor ni yang special..sambal tumis JAWA.. lauk lain dah tak berapa layan kalau jumpa yang ni...



SAMBAL GORENG JAWA..
bahan utama: TEMPE!



VS

Aku orang lepeh..:-)..sambal tempoyak is the best..orang johor tak makan tempoyak...kecuali suami ku, mak ayah mertua n adik2 ipar..diorg semua makan sebab dah menetap lama kat pahang..

Tahun lepas kami beraya kat johor. mak bawak balik johor 1 balang tempoyak..sebab kat sana takde tempoyak. kalau ada tempoyak berselera la sikit makan. wat pecah selera kata orang2 tua..

masa malam raya ke dua kami ada la buat BBQ ikan, sotong, udang, kerang.. banyak lagi la.. dah banyak2 lauk tu pun en suami mintak nasi juga..dia mintak nasi n tempoyak. En suami ku kalau makan nasi dengan tempoyak kosong pastu patah2kan aje lada pun jadi tuk die..

hahaha..yang bestnye..semua orang pelik tengok dia makan tempoyak kosong..aku pun tak tau la..diorang tak pandai makan..sian en suami..jadi hilang mood nak makan bila orang tengok dia..tapi nasi tetap habis..:-).."jangan membazir"..


SAMBAL GORENG TEMPOYAK
bahan utama : mestila tempoyak!..


sedapnye..malam ni wat sambal tempoyak la..tapi en suami takde plak..emm..bila dia takde kat rumah..mood nak masak takde..makan oat jela..DIET!!...





Saturday, September 15, 2012

Menumpang Kasih

Dari bulan 6 duk umah saje..masa study dulu pun aku tak pernah mengganggur lama kat rumah..nak jadi guru ganti rasa sayang plak dengan cuti..nanti dah keje tak merasa dah cuti macam ni.^__^..


satu hari mak mertua telefon..'awak nak tak jaga budak?anak kawan mak ni..k.ana HPA tu..'..aku pun..ermm..boleh la..sampai bila?..mak: dua minggu je dia kate..

hehe.akhirnya dapat la keje...jaga la anak orang..2 tahun setengah umurnye..cakapnye pelat..semua benda yang die pegang akan masuk mulut..cantik..suka sikat rambut die..lurus je..pakaikan baju gaun..pergi kedai bawak dia semua orang suka tengok..comel je..mesti orang tu ingat dia anak aku dgn suamiku..hehe...kalaula dapat anak perempuan....emm..Insyaallah..

Namanye IZZAH..nama manja ijah..

Friday, September 14, 2012

Tanah Sekangkang Kera

KATA ORANG BERBUDI PADA TANAH ADA HASILNYE..memang ade hasilnye..hehe..boleh la setakat nak makan be2 tu.. :-)

  sekali ambik 2 3 batang je..tu yg merimbun tu...pokok bendi tu kurus je..dah kasi baja pun xnak gemuk



pokok kacang botor..yeyy..dah nak naik tinggi


tu die..pokok lada..kunyit n kangkung baru nk menjalar...x lama lagi dh boleh goreng.hehe
alamak tenampak plak kete tu...hihi...yg tu kite cite lain hari..


yang ni aku angkut dari kampung..hehe..agak x aci la..ambik yang ade buah dah..huhu..

bekebun depan rumah ni boleh la nak kua2kan peluh..emm..nak gi joging mim alif lam sin..hehehe





SURI RUMAH SEPENUH MASA..

ok..tutup bab baby..tu semua keje Allah biar dia tentukan..
Dah hampir pertengahan bulan 9.bulan kelahiranku..kepada en suami nak bagi hadiah ape??hehe.
aku masih kat rumah lagi. Surat posting tak nampak bayangnye..duduk rumah jela..bangun pagi kemas rumah, rumah bukannye besar mana..anak pun takde xsampai sejam semua keje rumah dah beres..pastu ape lagi..kejenye tengok tv..fb..emm..mkn..badan pun emm paham paham jela..

masak tuk En suami..hari2 aku masak..hajat dihati nak diet..tapi bila tengok die makan..musnah diet ku..hehe..


masak lemak telor itik..huhu..belemak tapi sedap..hehe

Monday, January 30, 2012

Menanti...

Penantian 1 penyiksaan..masih mengharap dan berdoa supaya Allah kabulkan doa kami...menanti cahaya hati bagi menghiasi mahligai kami....













Allah tu Maha Pengasih lagi Penyayang..
bila Allah cepat makbulkan doa maka Dia sayangkan kita..
jika Dia lambat makbulkan doa maka Dia nak menguji kita.
bila Dia tak makbulkan doa maka Dia dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..
sentiasalah besangka baik dengan ALLAH..
kasih sayangNYA mendahului kemurkaanNYA..


"Rabbi habli min ladunka dzuriyyatan thoyyibatan. Innaka samii 'uddu'aa."

Maksudnya:
"Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik sempurna. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar & menerima rayuan & doa hambaMu."
(Surah Ali Imran: 36)

USAHA..USAHA..USAHA..+DOA...CHAIYOK!!..^__^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...