Pages

Friday, January 18, 2013

Penghulu Segala Hari

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi





1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
 2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Thursday, January 17, 2013

Berhujan Di Kelantan..

Gomo klate Gomo...hehehe...

cuti sekolah bulan 12 ari tu kami ke kelantan...bulan 12..faham2 jela..musim hujan..dah nak wat guane..time tu yang ade duit..hihihi..

dari hari pertama sampai..sampai la hari balik..hujan tak bhnti-henti..jalan pun dalam hujan..



toto yang petama..


yang ni tuk baby gurl yg bakal lahir..opps!!..bkn baby ku..baby abgku..:-)


sementara mak dgn ayah mentua shopping kami dating la..


^__^

mana mak dgn ayah ni.. tak kua2 lg..hehe


aku yang semakin gemuk..huhu


nape bang..teringin nak ke seberang ke? pasport xde la...



hahahaha...part ni memang suami ku n ayahku gelang kepala la...aku dengan mak dah rambang mata..hehe


sebenarnya tempat kerongsang ni aku dengan mak x jumpa..ayah dengan suamiku yang jumpa..
bila dah sampai bawah suami cerita n mak tedengar apa lagi..naik semula la kami..hehe..ayah dengan suamiku tuggu la dengan setianya dalam kereta..hehe..kami sambung shopping..




ini la hasilnya..ada lagi pada en suami...

sebelum balik ambil la gmbar kat tanda mercu kelantan ni..




bila sampai kat hentian gua musang..jumpa plak dengan si amni ni.anak cikgu yang mak jaga.diorang memang orang klate..sampai je kat klantan kami ke rumah diorg dulu..kat pasir mas..makan tengahari kt sana...sedap....hehe
ni sementara mama dgn babahnye solat kami la yang pegang,,syafi tak bgambar..sibuk nak mkn mee sup..hehe


ha..ni la ..amni n syafi..

alhamdulillah..tercapai gak niat nak jln2 kat klantan..next holiday xtau kat mana plak..dengar2 hubby ckp nak gi PD..hihi..naik banana boat la kite...:-)..




Ampunkan Dosaku Ya Allah..

✿.。.:* *.:。.✿

Ya Allah....ampunkan aku..............


Tak terlintas di hati ini untuk cemburu atau iri dengan anugerah orang lain kerana bagi ku setiap rezeki itu adalah anugerah Allah…bila2 Dia boleh bagi dan bila2 juga Dia boleh tarik balik…Aku percaya tiada satu pasangan pun di dunia ini yang tak nakkan zuriat sendiri dalam rumah tangga. Tidak aku mempersoalkan rezeki yang satu ini sebab aku amat bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rezekiNya dalam bentuk yang lain..alhamdulillah...aku masih dimurahkan rezeki...suami yg baik.rumah yang selesa..ibu bapa yang masih sihat..mak dan ayah mertua yang sgt2 baik..keluarga yg bahagia.semua tu rezeki..cukup makan dan pakai..keperluan yang sangat cukup..apa yang aku nak dapat..selama aku tak bekerja..takdela susah sampai tak makan..rezeki tu sentiasa ada..Allah sentiasa bukakan jalan tuk kami...Semua orang tak sama, ada yang rezekinya cepat dan ada yang lambat...


aku patutnya mendoakan orang lain..doakan kesejahteraan mereka..bukan rasa cemburu..astaghfirullahaladzim......kenapa perasaan tu mesti hadir dalam hati aku...
Astagfirrullahhalazim...Ya Allah..Ampunkanlah dosaku Ya Allah..banyak sungguh kesalahan yg aku lakukan kepadaMu dan juga umatMu..




Dari shahabiyah ummud Darda, bahawa Rasulullah saw bersabda, yang artinya ,” Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahasia dan tidak hadir dihadapannya adalah sangat dikabulkan. Disisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) : ,” Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang sepadan “, (Hr Muslim).



Seorang hamba yang mendoakan orang lain , dimana orang yang didoakan tidak mengetahuinya,menunjukkan bahwa dia berdoa dengan ikhlash. Karena keikhlasannya itulah , maka malaikat turut mendoakan balik kepada si pendoa itu. Bukankah itu suatu keberuntungan besar, kerena doa itu, dia didoakan oleh makhluk Allah yang suci yaitu malaikat.




ALHAMDULILLAH..AKU BERSYUKUR YA ALLAH..KAU MENYEDARKAN AKU...
AMPUNKAN AKU.......

Wednesday, January 16, 2013

Ikhlaskan hatiku Ya Allah..



Ya Allah, jadikanlah aku orang yang ikhlas dalam membuat sesuatu perkara..Membuat kebaikan tanpa berharap apa-apa balasan kecuali redhaMu.. Jadikanlah jua aku hambaMu yg sabar. Sabar dalam menerima apa sahaja pemberianMu. Jika ia pemberian yg baik, aku mensyukurinya.. Jika ia memberi rasa sakit dan pedih padaku, Kau damaikanlah aku dgn segala ketentuanMu.. Amin ya rabb.

Duhai hati..moga cinta pada Allah memenuhi ruang hati ..tidak berbelah bagi..hanya untuknya..

Ya Allah..jika ini ujian yang kau berikan..aku redha dan ikhlas..kuatkan la iman ku..


Ikhlaskanlah hati walau dalam apa jua keadaan ..
Kerana tanpa hati yang ikhlas ..
Amalan kita hanya menjadi debu-debu yang berterbangan
Dan tidak mampu membela kita di hari kemudian ..




Beramallah dan Ikhlaslah ..
Semoga Allah sahaja membalasnya...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...