Pages

Friday, October 12, 2012

Pembuka Pintu Rezeki..

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•ASSALAMUALAIKUM•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaMU ya Allah...memberi peluang untukku bernafas lagi untuk sujud padaMU di hari yang penuh barakah ini..penghulu segala hari..

Seperti biasa..selesai solat subuh aku capai surat cinta dari NYA...Surah yang tidak pernah ku tinggal selepas solat subuh ialah surah al-waqiah dan surah Maryam ayat 1-10...

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

cuba la korang amalkan...Insyaallah kita dapat keberkatannya..apa yang penting mesti yakin dan berserah padanya..

۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩
AYAT SERIBU DINAR

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai‘Ayat 1000 Dinar’ ....



ayat ni aku amalkan selepas solat...ayat ni jadi hiasan kat dinding rumah aku..kat tempat solat..memang kalau solat mengadap frame ayat ni....seingat aku masa tu aku tingkatan 6..masa tu aku ambik sijil tinggi agama kat kulliah pekan..tiap kali lepas solat aku mesti dengar senior aku baca...aku pun hafal gak:-).huhu lambat gak la hafalnya..xde kesedaran lagi sebelum tu..

rupa-rupanya besar fadhilatnya...

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluardari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lutdengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Tetapi mesti amalkan secara beristiqamah. Jangan kadang-kandang baca kadang-kandang tak..




۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩
Jom solat dhuha...
ALHAMDULILLAH aku masih lagi setia dengan solat sunat ni...selama aku tak bekerja, duk kat rumah je aku tak pernah tinggal..kalau kita selalu amalkan..mesti rasa lain kalau tak buat. macam solat 5 waktu juga la..tapi kalau dah pegi jalan2 tak buat juga..:-)..nama pun sunat kan..tak buat pun takpe..tapi kalau aku tak kemana-mana aku mesti buat kat rumah..
Serius aku cakap..dulu aku susah nak buat solat dhuha ni..masa tu lepas habis study ..seminggu aku duduk rumah..bangun pagi lepas subuh terus bukak tv..sarapan mak dah siapkan..mak abah balik noreh pukul 10.30 aku masih depan tv..satu hari abah tegur..'dik..ace buat solat dhuha..mintak dmurahkan rezeki cepat dapat keje..ni duk mengadap tv je..'huhuhu..tersentap gak la..betul gak cakap abah..dengan pantasnye aku ambik buku solat sunat study semula tntng solat dhuha..hihi..kalau tak amalkan memang lupa..
Esoknya aku start solat..............
ALHAMDULILLAH..lepas aku amalkan ayat seribu dinar dan solat dhuha rezeki datang tak disangka2....walaupun ada kalanya aku diuji juga..tapi tu tanda Allah sayang..kerja kita berusaha n berdoa jela..

kita kan selalu baca..........

Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ...

^_^

WAKTU AFDAL SOLAT DHUHA..

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
aku biasa buat dalam pukul 9.30-10.00...masa tu matahari tengah terik..


Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


Bacaan dalam solat dhuha....
Rakaat pertama lepas surah al-Fatihah tu baca la surah al-syams..kalau tak hafal baca je surah al-Kafirun takpun ayat kursi..ni saya ada baca dalam buku tau..saya baca surah al-kafirun je..:-)

Rakaat ke 2..surah al-dhuha..jgn lupa al-fatihah dulu..hehe...pastu dalam sujud terakhir baca la ni..


kalau tak hafal niat la n doala apa2 pun supaya dimurahkan rezeki..
lepas salam...baca doa ni
maksudnya,,
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”......

kalau tak hafal b.arab hafal la maksudnya...buatla mana yang termampu...

INGAT! yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

゜Y⌒Y。+゚☆゚+。Y⌒Y゜♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

Wednesday, October 10, 2012

Anugerah Allah

✿.。.:* ASSALAMUALAIKUM*.:。.✿
selamat petang!!..time tido yg sangat best..hehe

Selamat bekerja pada sesiapa yang sedang bekerja..saya masih lagi tak bekerja..syok duk umah..hehe..tapi booosaaaan gak kadang2..tapi aku saya kira beruntung gak la umah mak mertua dekat je.jalan kaki pun boleh..kalau bosan pegi besembang dengan mak ..mak pun jadi babysitter je kat umah.jaga 3 orang anak cikgu..pastu makan tengahari terus je kat sana..hehe..terukkan..^__^

Saya dah tau dah time budak2 tu bangun tido pukul berapa..pukul 10.30 je saya pegi la umah mak.diorg baru bangun tido pastu dah kenyang minum susu..ha..time ni la syok melayan diorang. masing2 dah kenyang mood pun baik..

yang ni 2 beradik..syafi n amni..ore klate ni...kecek klate sokmo..haha..suami saya suka sangat melayan syafi becakap....yang si amni pun boleh tahan dah mulutnye..baru dapat kaki..asyik nak bejalan je..nak bagi makan pun bekejar 1 umah..





 ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


ha...yang si kecik ni..namanye Muhammad Nuh Wajdi..anak cikgu gak..sama sekolah dengan saya..dia ni kalau tido lama sikit sebab tido buai..kuat minum susu ni..kalau dah kenyang bkn main aktifnye..dah pandai borak..bile gelak terngaga2 mulut die..cumel!...geram!...





nanti kalau dah posting tak dapat la nak main dengan diorang..╯︵╰


Pasta Goreng Simple..^__^

10 oktober 2012..aku masih lagi melepak kat umah...hampir 3 bulan dah dduk sesaje kat rumah..

hari ni lepas hantar abg pegi keje (hantar depan pintu aje.hehe)..aku pun mengemas rumah..siap kemas pikir nak sarapan apa..semalam sarapan mihun. beli kt depan umah aje. hari ni tak kan nak beli lagi..ermm..pegi dapur tengok apa yang ada..pasta??..yezz..kena rajinkan diri..apa lagi..masak la.. ..hihi

BAHAN-BAHAN:

-PASTA
-DAGING CINCANG
-CARROT (potong dadu)
-BAWANG MERAH (hiris boleh..tumbuk pun boleh)
-BAWANG PUTIH (tumbuk)
-CILI KISAR
-SOS TIRAM
-SOS CILI
-KICAP
-GARAM SECUKUP RASA..

*bahan-bahan lain boleh ditambah ikut cita rasa sendiri la..*sukatan bahan tu ikut masing2 la..^__^..


Bersihkan carrot dan potong dadu. Rebus pasta sampai empuk dan pastu toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi , kacau sampai wangi . Masukkan clil kisar , sos tiram, sos cili dan kacau bila cili dah masak boleh la dimasukkan daging cincang . Kacau semua bahan , bila daging dah masak boleh la dimasukkan carrot pastu kacau . Bila carrot separuh masak boleh la dimasukkan semua pasta dan kicap. kacau semua bahan. Jika kurang masin baru la ditambah garam...

ok..senang x?..saya masak campak2 aje...

ini la hasilnye...masak tuk makan sorang je...suami keje..:-)



Monday, October 8, 2012

Menu Malam Ni.. ̄▽ ̄

My hobby is MAKAN!..hehe..macam tak caya je aku leh tembam macam ni..

malam ni masak simple aje..tapi sedap la kot.(pasan je lebih..tah2 xsedap..hehe)..suami makan je apa aku masak..dia kena cakap sedap..kalau cakap tak sedap alamatnya dia kena masak sendiri la..hihihi..

resepi malam ni...Ayam Bakar Sunquick! 

bahan2nya.........................
-sunquick
-blackpapper (tumbuk)
-madu
-halia (tumbuk)
-garam



campur semua bahan pastu perap...:-)

pastu BAKAR LA...i bakar dalam oven je..x kuasa la i nk idupkan api semata2 nak bkar 3 ketul ayam..huhu..

ini resepi saya ambik dalam blog orang gak..hehe..



ini la hasilnya..dah selamat masuk dalam perut pun.. ̄▽ ̄

Rahmat Disebalik Dugaan dan Ujian

Musibah yang menimpa kita merupakan cubaan daripada Allah. Allah SWT berfirman : “ Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yag ada di atasnya menjadi tanah rata dan tandus.” ( Al-Khafi: 7-8 ). 



Ujian seperti terkena penyakit dan kemalangan bermaksud untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. ( HR Muttafaq alaih ). Sabdanya lagi : “Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kamu Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmizi) 


Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mangucapkan kata-kata yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan iman seperti mengatakan Allah itu zalim kepadanya dan sebagainya. Ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat zalim. Allah ialah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mangambilnya kembali dan Dialah yang berhak menuntut dari perbuatan hambanya. Rasulullah SAW bersabda: “ Tidaklah termasuk golonganku orang-orang yang memukul pipinya dan mengoyak-ngoyak bajunya serta memekik-mekik sebagaimana yang dilakukan oleh Jahiliyah.” (HR Bukhari & Muslim).


Umar bin Abdul Aziz berkata : “tiada ada sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya.”.


INGATLAH 

dugaan yang menimpa, lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT







Friday, October 5, 2012

La Tahzan (╯︵╰,)

Biar keperitan itu pergi agar kemanisan mengisi. Biar kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai. Biar kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat. Biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula. Biar diri ini derita agar aku tahu keperitan derita ini. agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan secebis dari penderitaan RASULULLAH saw. Tuhan tidak sekali-kali menzalimi hambanya tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Cahaya kelam pahala dosa berupaya memilihnya. Walau kadang  kala tersasar lantaran pautan nafsu. Namun peluang dariNYA sentiasa ada. Namun kasih sayang dariNYA sentiasa memayungi. Diturunkan AD-DIN memperhalusi akal. Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak. Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti. menjadikan sebaik-baik ummat. tunduk sebagai hamba, berjalan sebagai khalifah. Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata 'iman'. menyemai sepohon 'taqwa'. agar dapat berteduh dari kepanasan 'nafsu' agar dapat berlindung dari angin hasutan 'syaitan' dalam mencari KEREDHAAN ALLAH SWT.


JANGAN BERSEDIH...
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan..
Hebat tanda kasihNYA..
Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka..
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah..
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..



SESUNGGUHNYA...


Dalam hidup kita ni banyak ujian dan dugaan yang kita perlu tempuh..Kadang-kadang ujian tu berat, ada ujian yang ringan, tapi kita mesti lalui semua tu..orang kata masalah yang kita pernah lalui tu mematangkan kita. Makin banyak cabaran dan dugaan semakin banyak pengalaman kita dapat..

Setiap orang ada masalah tersendiri..Kita rasa macam kita susah nk hadapi masalah yang kita dapat..sedangkan orang lain lagi berat masalah dia tanggung..Kadang-kadang kita lupa nak bersyukur bila kita dpt selesaikan masalah..

Kita kena ingat..seberat mana ujian yang kita hadapi..kita tetap ada Allah ..mohon petunjuk dariNya.. 


INGATAN BUAT DIRIKU..Siti Nur Bai'yah Husin
setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya..

YA ALLAH...JADIKANLAH AKU PENYABAR DAN BERSABAR DENGAN SETIAP DUGAANMU..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...