Pages

Wednesday, May 1, 2013

undi oh undi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah ..setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang tak pernah putus kau berikan pada hambamu ini. Masih diberi nikmat Islam, iman dan ihsan..selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammah SAW..

lama benar tak menjenguk ke sini...fikirkan anak2 didik...menguruskan mahligai bahgia aku..sampai terlupa plak yang aku ada blog..hehe....hari ni cuti..cuti hari p
ekerja..SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA PEKERJA2 YANG GIGIH MENUNAIKAN AMANAH MEREKA..SEMOGA KERJA YANG KAMU LAKUKAN DIREDHAI ALLAH..

OK...lagi 4 hari lagi kita nak memilih pemimpin aka mengundi...so siapa pilihan korang..hehe..opsss....UNDI ADALAH RAHSIA..hehe..bahang makin terasa..semua tempat pun sama..termasukla kampung ku sendiri..nak tunjuk gambar kemeriahan kat kampung tapi lupa plak nak snap semalam..takpe la..semua sama je..bendare..poster semua terpacak, tergantung tepi jalan, tengah jalan pun ada..ada yang dah menyembah bumi..n ada lagi yang masih gagah berdiri

Kali ni aku mengundi buat kali ke 2..suami ku pun untuk kali ke 2 juga..tapi berlainan tempat n calon

Suasana dikampung ni...agak tenang tapi jangan disangka takda buaya..hahaha...gurau je..saya suka dengan muda mudi kampung ni..walaupun ada perbezaan pendapat tapi tetap ok..boleh briadah sama2..kulliah bulanan semua hadir ke masjid ..tapi ada juga la yang tak jumpa jalan ke masjid tu..takpa semoga Allah beri hidayah pada hamba2 itu..

                                                            ✿.。.:* *.:。.✿✿.。.:* *.:。.✿

hari ni...CUBA KORANG TENGAK..dunia dibanjiri satu perubahan, kalau dulu rakyat hanya mengikut aje apa yang dikata, tapi hari ni, rakyat sendiri berani meminta dikotakan janji. masih ada segelintir hamba Allah yang masih takut dengan bayang sendiri, ingin memancing undi FITNAH DISEBARKAN, ingin menang sanggup rasuah rakyat, nak jadikan negara Islam tapi bab agama belum mendalami lagi..masih terkontang kanting la orang cakap. masih terus menipu. EH serius la plak..hehe..tapi memang sesetangah perkara kena serius pun..:-)

saya dan suami doakan orang yang menyebarkan fitnah itu mendapat hidayah Allah..

5 Mei 2013, hari yang dinanti-nantikan, pastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi...SELAMAT MENGUNDI..nanti balik drive hati2..nasihat tuk diriku juga..hehe..



ha...dah dapat...yang atas or yang bawah..huhu..UNDI ADALAH RAHSIA


Monday, March 4, 2013

SULU


SEJARAH KESULTANAN SULU

Berikut adalah sejarah Kesultanan Sulu, yang pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan dan Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Kerajaan kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Islam pada kegemilangannya dan sempadan kerajaan ini dari Mindanao sehingga ke timur sabah.

Mengikut daripada sejarah awal kerajaan ini, ianya bermula pada tahun 1380 oleh seorang ulama yang berasal dari tanah Arab iaitu Karim Ul-Makdum telah menyebarkan ajaran Islam di Kepulauan Sulu.

Kemudian pada tahun 1390, seorang Raja yang berasal dari Minangkabau iaitu Raja Bagindo telah meneruskan ajaran islam di wilayah ini dan mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu dan Raja Baginda meneruskan penyebaran Islam sehingga akhir hayatnya.

Pada tahun 1450, selepas Islam berkembang di pulau Sulu dan kawasan sekitarnya, maka hadirlah deorang lelaki yang berketurunan Arab dari Johor iaiti Shariful Hashem syed abu Bakr dan kemudiannya dinikahkan dengan Puteri Raja Bagindo iaitu Paramisuli dan meneruskan usaha Raja Bagindo menyebarkan ajaran Islam di Wilayah tersebut.

Pada tahun 1457 selepas kematian Raja Bagindo, Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr telah menubuhkan Kesultanan Sulu dengan memakai gelaran Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr dan memerintah Sulu.

Pada tahun 1703, Kesultanan Sulu telah dihadiahkan Timur Sabah dari Kesultanan Brunei diatas bantuan menumpaskan pemberontak di Kesultanan Brunei pada tahun yang sama Puteri Sulu dikahwinkan dengan Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao dan sebagai hadiah perkahwinan Pulau Palawan telah diserahkan kepada Sultan Qudarat dan juag sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu, pulau Palawan telah dihadiahkan kepada Sepanyol.

Semasa jajahan British, Sandakan telah dipajak oleh Sultan Sulu kepada British, dan pajakan tersebut dikatakan untuk tempoh tanpa had yang diungkap oleh serangkai ayat "selagi ada bulan dan bintang"

Ketika Persekutuan Malaysia ditibuhkan pada tahun 1963, Sabah telah dimerdekakan daro British dan dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia...


Sumber Wikipedia


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SYAHID ITU JANJI ALLAH..JANJI ALLAH ITU PASTI & ABADI






AL-FATIHAH..




Wednesday, February 13, 2013

Hadiah terindah buat abang & akak ku..


                               ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•ASSALAMUALAIKUM•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


Alhamdulillah...01 Febuari 2013  tepat jam 6.15 pagi lahirlah puteri yang dinanti-nantikan..

Kulit putih gebu saling tak tumpah macam mama dan abahnya..so cute..

si kecik ni plak anak saudara perempuan yang 1st tuk aku..sebelum ni

abang -abang yang lain menyumbangkan anak lelaki belaka..

Beratnya 3.45kg..kira berat la kan bagi anak perempuan..mana 

taknya..masa dia dalam perut mamanya memang suka makan macam-

macam..hehe..betul tak kak??    

Dia lahir ikut tingkap..pintu tak nak bukak2..akhirnya keluarla ikut tingkap..alhamdulillah semua selamat..

tapi after lahir ada masalah sikit kat baby ada jangkitan plak pada paru-paru dia n kurang oksigen..cian 

baby..alhamdulillah sekarang dah ok..

naurah n mama..


after 4 days..tiub oksigen pun dah leh buka..



                                                         
                                                                                            ala ciannye..kiri kanan tangan dia kena cucuk..

pusar dia kat dahi..ish..ish..ish..dahsyat betul.

and now dia semakin membesar walaupun bukan depan mata makcu..

Nama indah buat baby comel ni....NAURAH AMANI BIN MOHD RIDZUAN..


 ha...ni la mama n abah naurah....


Friday, January 18, 2013

Penghulu Segala Hari

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi





1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
 2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Thursday, January 17, 2013

Berhujan Di Kelantan..

Gomo klate Gomo...hehehe...

cuti sekolah bulan 12 ari tu kami ke kelantan...bulan 12..faham2 jela..musim hujan..dah nak wat guane..time tu yang ade duit..hihihi..

dari hari pertama sampai..sampai la hari balik..hujan tak bhnti-henti..jalan pun dalam hujan..



toto yang petama..


yang ni tuk baby gurl yg bakal lahir..opps!!..bkn baby ku..baby abgku..:-)


sementara mak dgn ayah mentua shopping kami dating la..


^__^

mana mak dgn ayah ni.. tak kua2 lg..hehe


aku yang semakin gemuk..huhu


nape bang..teringin nak ke seberang ke? pasport xde la...



hahahaha...part ni memang suami ku n ayahku gelang kepala la...aku dengan mak dah rambang mata..hehe


sebenarnya tempat kerongsang ni aku dengan mak x jumpa..ayah dengan suamiku yang jumpa..
bila dah sampai bawah suami cerita n mak tedengar apa lagi..naik semula la kami..hehe..ayah dengan suamiku tuggu la dengan setianya dalam kereta..hehe..kami sambung shopping..




ini la hasilnya..ada lagi pada en suami...

sebelum balik ambil la gmbar kat tanda mercu kelantan ni..




bila sampai kat hentian gua musang..jumpa plak dengan si amni ni.anak cikgu yang mak jaga.diorang memang orang klate..sampai je kat klantan kami ke rumah diorg dulu..kat pasir mas..makan tengahari kt sana...sedap....hehe
ni sementara mama dgn babahnye solat kami la yang pegang,,syafi tak bgambar..sibuk nak mkn mee sup..hehe


ha..ni la ..amni n syafi..

alhamdulillah..tercapai gak niat nak jln2 kat klantan..next holiday xtau kat mana plak..dengar2 hubby ckp nak gi PD..hihi..naik banana boat la kite...:-)..




Ampunkan Dosaku Ya Allah..

✿.。.:* *.:。.✿

Ya Allah....ampunkan aku..............


Tak terlintas di hati ini untuk cemburu atau iri dengan anugerah orang lain kerana bagi ku setiap rezeki itu adalah anugerah Allah…bila2 Dia boleh bagi dan bila2 juga Dia boleh tarik balik…Aku percaya tiada satu pasangan pun di dunia ini yang tak nakkan zuriat sendiri dalam rumah tangga. Tidak aku mempersoalkan rezeki yang satu ini sebab aku amat bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rezekiNya dalam bentuk yang lain..alhamdulillah...aku masih dimurahkan rezeki...suami yg baik.rumah yang selesa..ibu bapa yang masih sihat..mak dan ayah mertua yang sgt2 baik..keluarga yg bahagia.semua tu rezeki..cukup makan dan pakai..keperluan yang sangat cukup..apa yang aku nak dapat..selama aku tak bekerja..takdela susah sampai tak makan..rezeki tu sentiasa ada..Allah sentiasa bukakan jalan tuk kami...Semua orang tak sama, ada yang rezekinya cepat dan ada yang lambat...


aku patutnya mendoakan orang lain..doakan kesejahteraan mereka..bukan rasa cemburu..astaghfirullahaladzim......kenapa perasaan tu mesti hadir dalam hati aku...
Astagfirrullahhalazim...Ya Allah..Ampunkanlah dosaku Ya Allah..banyak sungguh kesalahan yg aku lakukan kepadaMu dan juga umatMu..




Dari shahabiyah ummud Darda, bahawa Rasulullah saw bersabda, yang artinya ,” Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahasia dan tidak hadir dihadapannya adalah sangat dikabulkan. Disisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) : ,” Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang sepadan “, (Hr Muslim).



Seorang hamba yang mendoakan orang lain , dimana orang yang didoakan tidak mengetahuinya,menunjukkan bahwa dia berdoa dengan ikhlash. Karena keikhlasannya itulah , maka malaikat turut mendoakan balik kepada si pendoa itu. Bukankah itu suatu keberuntungan besar, kerena doa itu, dia didoakan oleh makhluk Allah yang suci yaitu malaikat.




ALHAMDULILLAH..AKU BERSYUKUR YA ALLAH..KAU MENYEDARKAN AKU...
AMPUNKAN AKU.......

Wednesday, January 16, 2013

Ikhlaskan hatiku Ya Allah..



Ya Allah, jadikanlah aku orang yang ikhlas dalam membuat sesuatu perkara..Membuat kebaikan tanpa berharap apa-apa balasan kecuali redhaMu.. Jadikanlah jua aku hambaMu yg sabar. Sabar dalam menerima apa sahaja pemberianMu. Jika ia pemberian yg baik, aku mensyukurinya.. Jika ia memberi rasa sakit dan pedih padaku, Kau damaikanlah aku dgn segala ketentuanMu.. Amin ya rabb.

Duhai hati..moga cinta pada Allah memenuhi ruang hati ..tidak berbelah bagi..hanya untuknya..

Ya Allah..jika ini ujian yang kau berikan..aku redha dan ikhlas..kuatkan la iman ku..


Ikhlaskanlah hati walau dalam apa jua keadaan ..
Kerana tanpa hati yang ikhlas ..
Amalan kita hanya menjadi debu-debu yang berterbangan
Dan tidak mampu membela kita di hari kemudian ..




Beramallah dan Ikhlaslah ..
Semoga Allah sahaja membalasnya...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...