Pages

Friday, October 12, 2012

Pembuka Pintu Rezeki..

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•ASSALAMUALAIKUM•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaMU ya Allah...memberi peluang untukku bernafas lagi untuk sujud padaMU di hari yang penuh barakah ini..penghulu segala hari..

Seperti biasa..selesai solat subuh aku capai surat cinta dari NYA...Surah yang tidak pernah ku tinggal selepas solat subuh ialah surah al-waqiah dan surah Maryam ayat 1-10...

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

cuba la korang amalkan...Insyaallah kita dapat keberkatannya..apa yang penting mesti yakin dan berserah padanya..

۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩
AYAT SERIBU DINAR

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai‘Ayat 1000 Dinar’ ....



ayat ni aku amalkan selepas solat...ayat ni jadi hiasan kat dinding rumah aku..kat tempat solat..memang kalau solat mengadap frame ayat ni....seingat aku masa tu aku tingkatan 6..masa tu aku ambik sijil tinggi agama kat kulliah pekan..tiap kali lepas solat aku mesti dengar senior aku baca...aku pun hafal gak:-).huhu lambat gak la hafalnya..xde kesedaran lagi sebelum tu..

rupa-rupanya besar fadhilatnya...

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluardari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lutdengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Tetapi mesti amalkan secara beristiqamah. Jangan kadang-kandang baca kadang-kandang tak..




۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩
Jom solat dhuha...
ALHAMDULILLAH aku masih lagi setia dengan solat sunat ni...selama aku tak bekerja, duk kat rumah je aku tak pernah tinggal..kalau kita selalu amalkan..mesti rasa lain kalau tak buat. macam solat 5 waktu juga la..tapi kalau dah pegi jalan2 tak buat juga..:-)..nama pun sunat kan..tak buat pun takpe..tapi kalau aku tak kemana-mana aku mesti buat kat rumah..
Serius aku cakap..dulu aku susah nak buat solat dhuha ni..masa tu lepas habis study ..seminggu aku duduk rumah..bangun pagi lepas subuh terus bukak tv..sarapan mak dah siapkan..mak abah balik noreh pukul 10.30 aku masih depan tv..satu hari abah tegur..'dik..ace buat solat dhuha..mintak dmurahkan rezeki cepat dapat keje..ni duk mengadap tv je..'huhuhu..tersentap gak la..betul gak cakap abah..dengan pantasnye aku ambik buku solat sunat study semula tntng solat dhuha..hihi..kalau tak amalkan memang lupa..
Esoknya aku start solat..............
ALHAMDULILLAH..lepas aku amalkan ayat seribu dinar dan solat dhuha rezeki datang tak disangka2....walaupun ada kalanya aku diuji juga..tapi tu tanda Allah sayang..kerja kita berusaha n berdoa jela..

kita kan selalu baca..........

Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ...

^_^

WAKTU AFDAL SOLAT DHUHA..

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
aku biasa buat dalam pukul 9.30-10.00...masa tu matahari tengah terik..


Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


Bacaan dalam solat dhuha....
Rakaat pertama lepas surah al-Fatihah tu baca la surah al-syams..kalau tak hafal baca je surah al-Kafirun takpun ayat kursi..ni saya ada baca dalam buku tau..saya baca surah al-kafirun je..:-)

Rakaat ke 2..surah al-dhuha..jgn lupa al-fatihah dulu..hehe...pastu dalam sujud terakhir baca la ni..


kalau tak hafal niat la n doala apa2 pun supaya dimurahkan rezeki..
lepas salam...baca doa ni
maksudnya,,
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”......

kalau tak hafal b.arab hafal la maksudnya...buatla mana yang termampu...

INGAT! yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

゜Y⌒Y。+゚☆゚+。Y⌒Y゜♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

4 comments:

  1. terima kasih atas info ni..bru arini sy tahu.. :D

    ReplyDelete
  2. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk info yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...